SHAH ALAM: Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS) bercadang bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi mewujudkan garis panduan khusus untuk menguruskan jemputan pelajar tahfiz ke program luar.
Pengerusi PITAS, Muhamad Hafiz Muhamad Haneefa, berkata sebelum ini JAIS sudah mewujudkan Buku Peraturan Murid (Sistem Pembangunan Sahsiah Murid) bagi intitusi tahfiz persendirian, namun tiada garis panduan khusus berkaitan jemputan pelajar ke program luar.
"Jadi kami nampak mungkin kita boleh duduk (berbincang) bersama JAIS, supaya boleh mengeluarkan garis panduan khusus berkaitan isu ini.
"Adanya garis panduan yang lebih khusus ini, maahad tahfiz dan sekolah agama akan lebih cakna dan berhati-hati dalam memenuhi jemputan luar.
"Kita juga berharap orang ramai tidak menjemput pelajar tahfiz ke tempat yang tidak sesuai seperti konsert, kasihan dengan pelajar," katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas isu kehadiran sekumpulan pelajar tahfiz di KEPCI Music Fest di Stadium Malawati, Sabtu lalu.
Muhamad Hafiz juga memaklumkan bahawa para pelajar tersebut adalah penuntut di sebuah rumah kebajikan dan bukan daripada sekolah tahfiz seperti yang ditularkan.
"Bila kita lihat balik sebenarnya sekolah ini bukan sekolah tahfiz macam kita, ia lebih kepada pusat kebajikan kepada pelarian Rohingya dan Myanmar yang dikenal pasti di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) selain disahkan oleh individu yang menjemput (mereka) sendiri.
"Ada beberapa tahfiz dan pusat kebajikan lain turut dijemput program serupa tapi untuk makan pada sebelah petang sahaja," katanya.
Media sebelum ini melaporkan, seorang individu bernama Andrie Ung Han Xiang mengaku bertanggungjawab membawa pelajar tahfiz ke konsert itu bagi memberi peluang kepada anak-anak yatim yang kurang berkemampuan merasai pengalaman menghadiri program tersebut.
Sementara itu, mengulas mengenai isu yang kononnya 200 sekolah agama di Selangor ditutup, Muhamad Hafiz, berkata perkara itu adalah fitnah dan tidak benar sama sekali.
PITAS kini menaungi lebih 400 maahad tahfiz yang berdaftar di bawah JAIS.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 30 2023
PITAS bercadang bekerjasama dengan JAIS bagi mewujudkan garis panduan khusus untuk menguruskan jemputan pelajar tahfiz ke program luar. - Gambar hiasan
Saya nampak bumbung jatuh timpa kereta - Penduduk Apartment Putra Ria
Santha Kumari berkata rumahnya di tingkat 20 tidak terkesan namun cermin belakang sebuah kereta milik adiknya pecah akibat kejadian itu.
Tabung Hidupan Liar Sedunia saman Norway rancangan perlombongan dasar laut
WWF percaya keputusan berkenaan dibuat berdasarkan penilaian kesan strategik yang tidak memenuhi syarat minimum.
Pendaki wanita Nepal cipta rekod tawan Gunung Everest tiga kali dalam satu musim
Bekas wartawan foto berusia 33 tahun itu berjaya mencapai puncak ketiganya pada 5.50 pagi waktu tempatan pada Sabtu.
Manchester United juara Piala FA
Gol dijaringkan Garnacho pada minit ke-30 diikuti Kobbie Mainoo sembilan minit kemudian menafikan impian City menambah koleksi kejuaraan.
Speaker Pulau Pinang serah notis kekosongan DUN Sungai Bakap Isnin ini
Kekosongan kerusi terjadi susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada Jumaat kerana mengalami keradangan dalam perut.
Jururawat tidak sangka mangsa kemalangan sepupu sendiri
Petugas di Klinik Kesihatan Ayer Tawar itu berkata, menerusi panggilan diterima, kemalangan itu melibatkan sembilan mangsa cedera.
Liga Super: JDT belasah KL City 5-1
Keputusan itu memberi skuad Harimau Selatan tiga mata penuh untuk berada di tangga teratas carta liga dengan keseluruhan sembilan mata.
Wan Arif-Roy King tumpas kepada pilihan kedua dari Denmark
Wan Arif-Roy King ditewaskan pilihan kedua kejohanan itu menerusi permainan straight set 13-21, 19-21 dalam masa 43 minit.
Pemimpin tertinggi PBB akan hantar keputusan ICJ mengenai serangan israel kepada Majlis Keselamatan
Guterres akan menghantar notis langkah sementara yang diarahkan ICJ kepada Majlis Keselamatan untuk tindakan.
29 jemaah dirawat di tanah suci kerana pelbagai penyakit
Setakat 23 Mei 2023, daripada 12,686 jemaah haji Malaysia yang tiba di Mekah dan Madinah, 29 daripadanya dirawat di Hospital Arab Saudi, Pusat Rawatan TH Mekah dan Pusat Rawatan Madinah disebabkan pelbagai penyakit, antaranya disebabkan cuaca panas.
2 pelajar kritikal, 18 dirawat di hospital minum air campur spirit ganti arak
Dua pelajar kritikal manakala 18 lagi menerima rawatan selepas meminum minuman berkarbonat yang disyaki dicampur dengan spirit di Pitas.
Abang parah, adik cedera diserang buaya
Dua beradik lelaki cedera akibat diserang buaya dalam kejadian di tebing Sungai Bengkoka, Kampung Sinasak, di sini, pada Isnin.
Banjir Sabah: Semua PPS di Pitas ditutup
Penutupan melibatkan dua PPS terakhir iaitu Dewan Kampung Kusilad dan Dewan Kampung Sinukab.
Projek inovasi bekalan air bersih untuk manfaat penduduk kampung di Pitas - MOSTI
Usaha itu bertujuan memperkasa penggunaan teknologi supaya permasalahan dalam komuniti dapat diselesaikan secara lestari.
Penduduk anggap banjir di Pitas paling buruk pernah dihadapi
Daerah Pitas yang paling terjejas akibat banjir di Sabah malah terputus hubungan beberapa hari lalu apabila banyak jalan dan jambatan utama rosak.
Derita sekampung satu perigi, penduduk tagih perubahan yang belum pasti
Lebih 200 penduduk kampung mengharapkan bekalan air dari sebuah perigi, yang belum tentu tahap kebersihannya.
PITAS sedia bantu JAIS sekat ideologi IS ke sekolah tahfiz
PITAS sedia membantu pihak berkuasa agama dalam menyekat fahaman yang dikaitkan dengan militan termasuk kumpulan IS, daripada meracuni pemikiran pelajar tahfiz di negara ini.